Wednesday, May 6, 2009

TIDAK ADA KEBAIKAN YANG SIA-SIA



"Apa gunanya kalau saya membaca al-Quran tetapi tidak memahaminya?" Tanya seorang murid.

"Bacalah dahulu, perlahan-lahan nanti Tok akan ajar maknanya" jawab gurunya.
Murid itu terus membaca. Hari demi hari. Bulan demi bulan. Lama kelamaan dia berasa jemu dan datang menemui gurunya semula.
"Tok, saya masih berasa usaha membaca tanpa memahami makna al-Quran ini sesuatu yang tidak berfaedah" katanya.
"Baiklah, Tok akan menyuruh kamu melakukan satu pekerjaan yang lebih bermakna" kata Tok Guru tersebut. Wajah murid itu kembali ceria.
Tok Guru menyerahkan sebuah raga dan berkata:"Kamu cedok air di sungai itu dengan raga ini. dan curahkan airnya ke dalam kolah madrasah kita".
Si Murid itu kehairanan. Mesti ada sesuatu yang luar biasa akan berlaku, detik hatinya. Begitulah yang dilakukannya berulang kali.Dia ke sungai dan mencedok air dan secara tergesa-gesa dia berlari untuk menuangkan air ke dalam kolah. Namun sebaik sampai, air telah habis, menitis keluar dari celah-celah raga yang jarang itu. Air menitis keluar dari celah raga dan kolah masih tidak dapat dipenuhi.
"Tok, perbuatan ini lebih tidak bermakna. Kalau Tok gantikan raga ini dengan timba, barulah ia boleh menampung air dan kolah akan penuh!"
Tok Guru tersenyum. "Setiap yang tok suruh pasti ada maknanya," katanya perlahan.
"Apa maknanya Tok?"
"Menimba air dengan raga samalah dengan membaca al-Quran, walaupun tidak memahami maknanya," jawab Tok Guru.
"Sama-sama tidak ada faedahnya. Begitu?"
"Tidak, sama-sama ada faedahnya." pintas tok guru.
Anak muridnya jadi lebih hairan.
"Cuba kamu tengok raga yang kamu gunakan sejak tadi. Mulanya ia kotor, tetapi sekarang bukankah sudah bersih? Walaupun air di kolah tidak penuh tetapi raga yang kamu gunakan sudah bersih. Betul tak?"
"Betul Tok,"jawab anak murid mengiakan.
Ha, begitulah juga hati kamu ketika membacakan al-Quran berulang-ulang kali. Walaupun belum memahami maknanya, tetapi paling tidak hati itu akan dibersihkan daripada kelalaian dan gangguan syaitan.
Muridnya mengangguk . Hebat, rupa-rupanya Tok Guru mendidik, bukan sekadar mengajar!

Al-Ibrah: Jangan memandang remeh sesuatu amalan baik, walaupun sekiranya kita belum nampak manfaat atau hikmahnya. dan jangan gopoh untuk "meningkat" dalam perjalanan menjadi hamba Allah yang baik dengan tindakan-tindakan melanggar ketertiban amal dan kehalusan adab. Ingat, setiap yang baik pasti ada kebaikannya.

p/s: Nukilan daripada majalah Solusi. Sama-samalah kita mengambil manfaatnya. Amin






10 comments:

  1. ibn malaki: kesian si murid tu kene menimba guna raga. bagilah dia guna beldi, baru penuh itu kolah. tp, learning by hard way always works. tgk je lah bebudak uia-kusza dah jadi orang dah sbb 'learning by hard way'.

    ReplyDelete
  2. ajako:
    begitu penatnya memunggah kitab.. tetiba supervisor kata: cuba tengok dari sudut ni pulak.. alohai.. lengus sunggus..

    ReplyDelete
  3. ajako: Seingat hamba, student uia-kusza study hard and smart, esok nak hantar assingment, malamnya qiyam bi assingment, sampai merah matanya, teringat hamba masa kena hantar assingmnet FKM dr. azmi, sanggup beli typewritter sblm kewujudan desktop yang canggih manggih...

    ustazshafie: sabar lah wahai ustaz, dah adat belajar dengan orang terpelajar, outcome nyer nanti marvelous

    ReplyDelete
  4. inche we ase: smmangnye itu adalah tande budak nak jadi pandai...

    ReplyDelete
  5. En wa an Hasan..(baca ikut arab la)..nape diam membisu? tulis la lagi...apa-apa je la..cite sang kancil dengan boye ke..cite beskal ilang ke..

    ReplyDelete
  6. ijam: sibuk la, budak baru lepas exam, tak sempat nak naqal apa-apa lagi, tapi tunggu....

    ReplyDelete
  7. ah, gi berderat ke Sri Menanti dululah...

    ReplyDelete